Say No SCAM

 "SCAM"

Penipuan yang dilakukan oleh mereka yang suka menyorokkan ideniti mereka.


Formula - "NO SCAM"


N = Name
  • Scam dilakukan oleh mereka yang menyorokkan identiti mereka. Pastikan anda ketahui nama sebenar dan juga maklumat peribadi siapakah yang mengendalikan sesuatu pelaburan atau peluang menjana pendapatan itu.

O = Over Promise
  • Pelaburan atau peluang yang menjana pendapatan yang diberikan adakah ianya over promising atau janji yang berlebihan dan tidak masuk akal, kebanyakkan SCAM akan menipu mangsa dengan cara membuat janji-janji manis berlebihan, atau OVER PROMISE.

S = Search
  • Anda perlu membuat carian. Cara yang mudah adalah mengunakan enjin carian di dalam internet seperti Google.com dan lakukan carian dengan menaip nama pemilik program tersebut. Jangan lupa juga menbuat carian tentang maklumat syarikat.

C = Contact
  • Pastikan maklumat syarikat atau perniagaan tersebut. Jarang sekali mereka dedahkan alamat, nombor telefon, cara hubungi dan lain-lain. Sekiranya ada, cuba hubungi secara terus untuk memastikan kewujudannya. Anda juga boleh bertanya tentang lesen syarikat dengan menghubungi bahagian perlesenan  seperti KPDNKK atau pihak yang berkaitan.

A = Ask
  • Tanya orang ramai, kenalan dan tanya juga pakar-pakar industri. Jangan hanya tanya kenalan yang mempromosikan sesuatu program tersebut, kerana mungkin mereka juga tertipu dengan SCAM. Tanya orang lain juga supaya kita banyak maklumat tentang sesuatu program.

M = Make Sure
  • Pastikan anda melakukan kesemua di atas, ulang kembali langkah N-O-S-C-A-M sehingga anda 100% berpuas hati dan rasa selamat dengan pelaburan.




Sekiranya anda tertip dengan SCAM, bukan sahaja anda mengalami kerugian wang ringgit, tetapi anda juga akan merugika masa dan usaha anda dalam memperolehi dan menjana wang tersebut.

Dan yang penting juga, anda akan kehilangan keyakinan dalam memulakan perniagaan dan pelaburan.



Sumber: HARIAN METRO 9 MAC 2011
Copyright © 2012 Buat Duit Online | Cari Duit Di Internet - Usahawan Online

Disclaimer : Pihak Usahawan Online tidak menjanjikan sebarang keuntungan kepada semua individu. Pendapatan adalah berdasarkan usaha seseorang.
Privacy Policy | Earnings Disclaimer